Wednesday, July 11, 2012

Pelajaran 2 - Pertanian Dalam Kehidupan

Latar Belakang Ayat (Asbab Nuzul)
1. Golongan musyrikin suka mempertikaikan tentang nikmat Allah SWT sesuka hati.
2. Justeru itu, Allah SWT menemplak tindakan mereka dengan menunjukkan kepada mereka
    tanda-tanda kekuasaanNya
3. Tujuannya ialah sebagai hujjah untuk menolak sikap musyrikin tersebut.

Hikmah Pertanian
1. Aspek Ketuhanan
   1.1 Menjadi bukti kewujudan, kebesaran dan kekuasaan Allah SWT.

2. Aspek Kemanusiaan
    2.1 Memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan pertolongan melalui ibadah sedekah dan
         zakat.

3. Aspek Perekonomian
    3.1 Menambahkan sumber pendapatan diri, keluarga dan negara.

4. Aspek Kesihatan
    4.1 Membekalkan zat dan vitamin untuk keperluan tumbesaran manusia

5. Aspek Geografi
    5.1 Menguatkan struktur tanah bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh.
Langkah Untuk Meningkatkan Hasil Pertanian
1. Menggunakan teknologi pertanian yang moden
2. Menggalakkan penyelidikan untuk menghasilkan produk-produk pertanian yang berkualiti.
3. Menggalakkan para belia menceburi sektor pertanian.
4. Menyediakan skim pinjaman pertanian kepada para petani.

Kepentingan Sektor Pertanian
1. Memenuhi tuntutan fardhu kifayah.
2. Menyediakan peluang pekerjaan untuk rakyat.
3. Meningkatkan teknologi pertanian seperti mencipta jentera-jentera moden.
4. Menggalakkan kajian penggunaan hasil pertanian secara komersial.


Kepentingan dan Hikmah Zakat
1. Menambahkan keberkatan harta.
2. Membuktikan kesyukuran terhadap nikimat kurniaan Allah SWT.
3. Membantu golongan miskin untuk menyara kehidupan mereka.
4. Memberi sumbangan untuk pembangunan kemajuan umat Islam.

Pengajaran Ayat
1. Tumbuh-tumbuhan menjadi salah satu tanda kewujudan dan kekuasaan Allah SWT.
2. Umat Islam diharuskan menggunakan hasil pertanian untuk keperluan hidup seperti makanan
    , peraniagaan dan seumpamanya.
3. Hasil pertanian yang telah cukup syarat, wajib dikeluarkan zakat pertanian.
4. Kedekut adalah sifat yang tercela dan merugikan umat Islam.

Pelajaran 1 - Gejala Mempersendakan Agama

Latar Belakang Ayat
1. Kaum Musyrikin Mekah suka mempersendakan agama.
2. Mereka mengamalkan ajaran agama secara tidak serius.
3. Mereka lalai dalam mengamalkan ajaran agama kerana leka dengan keduniaan.
4. Maka, Allah SWT turunkan ayat ini untuk menegur sikap mereka.

Golongan Yang Mempersendakan Agama
1. Orang Kafir
2. Orang Munafik
3. Ahli Bida'ah
4. Golongan Anti Hadis
5. Orang yang melakukan maksiat

Contoh Perbuatan Mempersendakan Agama
1. Makan pada siang hari di bulan Ramadhan
2. Menyambut perayaan dengan hiburan dan minuman keras
3. Menganggap bahawa ajaran Islam tidak sesuai dengan peredaran zaman
4. Mempersendakan lelaki dan wanita yang menutup aurat


Akibat Mempersendakan Agama
1. Azab yang amat pedih di akhirat
2. Kehidupan dunia tidak akan tenang
3. Menganggu keharmonian hidup bermasyarakat
4. Mengundang kemurkaan dan bala Allah SWT

Langkah Menangani Gejala Mempersendakan Agama
1. Menasihati dan memberi tunjuk ajar dengan cara yang baik
2. Mengadakan perbincangan dalam suasana yang penuh dengan harmoni
3. Menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi dalam berdakwah
4. Penguatkuasaan undang-undang ditingkatkan