ISI KANDUNGAN Pendahuluan
Persediaan Fizikal
Persediaan Mental
Persediaan Emosi
Persediaan Rohani
Pelbagai Persoalan
Belajar Untuk Peperiksaan PENDAHULUAN Peperiksaan
penting seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM memerlukan persedian lebih
daripada sekadar membaca semata-mata.Tanpa persediaan yang rapi maka
ramai pelajar yang mendapat keputusan yang tidak setimpal dengan
usahanya. Anda tidak perlu takut dengan peperiksaan. Sebab sama ada
anda bersedia atau tidak, masa untuk berhadapan dengannya tetap akan
tiba. Oleh itu lebih baik anda fokuskan kepada persediaan anda untuk
berjuang. Untuk cemerlang dalam peperiksaan pelajar perlu bersedia dari
segala aspek, bukan setakat membaca dan mengulangkaji semata-mata.
Persediaan yang rapi memupuk keyakinan yang tinggi untuk pelajar
menghadapi peperiksaan mereka.
"AKU BOLEH BERJAYA". Melangkah dengan fikiran yang positif.
PERSEDIAAN FIZIKAL KESIHATANSebagai
pelajar anda memerlukan kesihatan yang baik bermula dari ketika membuat
persedian mengulangkaji hinggalah ke dewan peperiksaan. Keadaan
kesihatan yang buruk akan mengganggu persediaan diri untuk peperiksaan.
Sekiranya masih banyak yang anda perlu ulangkaji, maka pastinya anda
rasa bimbang. Gangguan kesihatan pasti tidak mengizinkan anda
mengulangkaji dan ini akan membawa kepada tekanan emosi. Pastikan anda
menjaga perkara yang berikut:
Tidur yang cukup.
Tidur
yang cukup ialah diantara 6 - 7 jam sehari. Kurang tidur menyebabkan
anda rasa mengantuk, letih dan boleh jatuh sakit. Tidur yang berlebihan
juga tidak baik untuk kesihatan. Jadi pastikan anda latih diri anda
dengan masa tidur yang optimum ini dari sekarang.
Jaga pemakanan. Allah
s.w.t telah berfirman yang mafhumnya "Makanlah dari makanan yang baik
yang telah Kami berikan" (Al-Baqarah : 57). Yang dimaksudkan
sebagai
yang baik disini ialah baik dari segi sumbernya (halal), kualitinya
(zat), rasanya (enak dan lazat) dan bersih (tidak membawa penyakit dan
kemudaratan). Kepada ibu bapa pastikan anak-anak anda diberi makan
makanan dari sumber yang halal. Makanan yang haram akan menghitamkan
dan menggelapkan hati mereka.
Riadah. Jangan
beriadah sehingga meletihkan badan. Ramai pelajar yang bermain hingga
penat dan akibatnya anda akan rasa mengantuk untuk mengulangkaji
pelajaran.
Anda hanya perlu beriadah selama 20 minit dan sebanyak tiga kali
seminggu. Lakukanlah senaman ringan yang mengeluarkan sedikit peluh.
Disaat-saat akhir sebegini, lupakanlah soal bolasepak, takraw, badminton
dan sebagainya. Anda boleh tangguhkan semua aktiviti yanganda minati
ini setelah tamat peperiksaan penting nanti.
KESELAMATANAnda
perlu menjaga keselamatan diri anda sebaiknya. Jauhkan diri anda dari
aktiviti lasak yang boleh membawa kepada kecelakaan. Elakkan diri dari
sebarang kecederaan. Anda past tidak mahu mengambil peperiksaan sewaktu
berad dalam wad di hospital. Memanglah kecelakaan tidak pernah
diundang, tetapi kalau anda tidak berhati-hati anda sebenarnya
mendedahkan diri kepada pelbagai kemungkinan. Dalam musimmenjelangnya
peperiksaan, lebihkan masa anda untuk berada dirumah.
PERSEDIAAN MENTAL
Pelbagai Gambaran NegatifKerapkali
masalah yang dihadapi oleh pelajar apabila hampir dengan peperiksaan
ialah takutkan kegagalan. Walau pun anda telah berusaha
bersungguh-sungguh namun perasaan takutkan kegagalan ini sering
mengganggu fikiran. Antara keadaan yang menekan diri pelajar ialah:
Menyerah kalah sebelum berjuang Ini
disebabkan kerana mereka rasakan yang mereka tidak punya harapan lagi.
Mereka rasakan buat apa belajar kalau dah tahu hasilnya nanti ialah
kegagalan. Mereka percaya yang mereka akan gagal dalam peperiksaan
berdasarkan kepada keputusan peperiksaan atau ujian-ujian sebelum ini.
Mereka cuba membaca teta dengan keyakinan bahawa tidak mungkin mereka
mampu memahami dan mengingati setiap fakta yang dibaca.
Merasa belum bersediaKeadaan
yang kedua pula berlaku kepada mereka yang sememangnya belajar. Mereka
rasakan yang diri belum cukup bersedia. Mereka sentiasa fikirkan apa
akan berlaku kalau segala usaha ini sia-sia? Apa akan terjadi kalau apa
yang dibaca kelak lupa? Betapa malunya nanti kalau kawan-kawan yang
kurang berusaha mendapat keputusan yang jauh lebih baik? Semua ini
bermain difikiran.
Harapan ibu bapa yang terlalu tinggi Tidak
ada ibu bapa yang tidak mengharapkan kejayaan anak-anak. Ada ketikanya
pula ibu bapa berulangkali menyatakan harapan mereka kepada anak-anak
tanpa memikirkan kemampuan sebenar diri anak. Harapan yang terlalu
tinggi ini ada ketikanya menjadi beban kepada anak-anak hinggakan
mengganggu fikiran mereka. Kepada ibu bapa, saya sarankan agar dorong
anak-anak berusaha gigih dan melakukan yang terbaik mengikut kemampuan
masing-masing. Nyatakan dengan jelas bahawa apa yang anda mahukan ialah
anak-anak melakukan yang terbaik dan sungguh-sungguh. Anda redha walau
apa sekalipun keputusannya kelak. Ini akan mengurangkan tekanan atas
diri anak-anak.
Berfikiran PositifBagi
mengatasi segala tekanan mental seperti di atas anda perlulah
berfikiran positif. Fokuskan mental anda kepada apa yang perlu anda
lakukan dan apa pula hasil yang anda harapkan. Tidak perlu anda bimbang
apa keputusan yang bakal diperolehi tetapi anda perlu bimbang
kalau-kalau anda tidak menggunakan sisa-sisa masa yang masih ada untuk
berusaha sepenuhnya.
Sekiranya anda memikirkan kegagalan maka
anda hanya tergambar pelbagai rintangan dan halangan. Ini akan
melemahkan semangat anda. Ia juga membuatkan anda meragu kebolehan diri
anda.
Dalam berusaha anda mesti berpegang kepada kata-kata seperti:
"Sedikit pencapaian itu lebih baik dari tiada pencapaian langsung".
"Something is better than nothing"
Lakukan "Latihan Minda" setiap hari.
"If you can't see it, you can't have it".
Kata-kata
di atas menunjukkan bahawa untuk mencapai sesuatu kejayaan itu maka
gambaran kejayaan mestilah terlebih dahulu wujud dalam pemikiran.
Sebelum anda mampu mendapat 5A dalam PMR, maka 5A itu mesti terlebih
dahulu ada dalam pemikiran. Ia ibarat menghasilkan sebuah lukisan, anda
tidak akan melakar sesuatu yang anda tidak gambarkan. Lakaran anda
berasaskan kepada apa yang anda nampak dalam mata minda. Begitulah juga
dengan kehidupan ini. Anda tidak akan menghasilkan sesuatu yang anda
tidak gambarkan. Oleh itu, gambarkanlah kejayaan dan anda pasti akan
terdorong untuk merealisasikan apa yang digambarkan itu. Makin jelas
gambaran yang ada, makin tinggilah kesungguhan anda untuk
merealisasikannya.
Untuk membantu anda menggambar dengan baik, anda perlu membuat latihan minda seperti dibawah.
1.Duduk
dikerusi anda dengan selesa. Tangan diletakkan diatas peha. Badan
tidak bersandar. Tenangkan fikiran dan kendurkan setiap otot, sendi,
uratsaraf dan pejamkan mata anda.
2.Tarik nafas beberapa kali
dalam-dalam. Tarik melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Ketika
nafas ditarik, gambarkan yang anda menyedut keyakinan diri. Ketika
nafas dibuang, gambarkan yang anda membuang segala ketakutan dan
kebimbangan.
3.Saya percaya anda pernah capai kejayaan sebelum
ini, sama ada kecil atau besar. Saya mahu anda kembali kepada peristiwa
kejayaan itu. Kejayaan itu mungkin berkaitan dengan pelajaran, sukan,
debat dan sebagainya. Pilih satu yang paling bermakna kepada anda.
Dimana iaberlaku? Apa yang berlaku? Apa yang anda dapat lihat? Suara
apa yang anda dengar? Kalau ada tepukat, dengar tepukan gemuruh ketika
itu. Kalau ada puji-pujian dengarkan duara siapa yang memuji itu.
Gambarkannya secara jelas mengikut kemampuan anda. Dengar suara yang
ada dengan jelas. Rasakan apa perasaan anda ketika itu. Rasakan
keseronokan anda pernah dipuji. Rasakan kebanggaan anda sebagai orang
yang berjaya ketika itu. Hadirkan perasaan itu kembali.
4.Apabila
perasaan yakin dan bangga mula memuncak, cubit sedikit kedua-dua peha
anda dengan tangan. Biar terasa sedikit sakit. Buka mata anda, dan
pejam kembali. Ulang langkah 2 - 4 beberapa kali.
5.Kini
pejamkan mata, gambarkan anda melangkah masuk ke dewan peperiksaan.
Gambarkan anda duduk dikerusi dan diatas meja tersedia kertas soalan.
Rasakan ketenangan dalam dewan. Gambarkan kini anda membelek-belek
kertas soalan dan anda dapati semua apa yang anda baca keluar. Rasakan
kegembiraan itu. Gambarkan bagaimana anda menjawab setiap soalan satu
persatu dengan penuh keyakinan. Ide keluar mencurah-curah. Gambarkan
5A dalam UPSR. Ketika ini sekali lagi cubit kedua-dua peha anda seperti
yang telah anda lakukan dalam langkah 4 tadi.
6.Buka mata anda, ulangi langkah 5 beberapa kali.
7.Buatkan
latihan minda ini 10 - 15 minit setiap hari. Sekiranya anda lakukan
latihan ini sungguh-sungguh setiap hari, anda dapat mengawal perasaan
takut anda ketika berada didewan peperiksaan dengan menarik nafas dan
mencubit kedua-dua peha.
Kejayaan latihan minda di atas banyak bergantung kepada kesungguhan anda melatih diri, kekerapan latihan dan tumpuan anda.
PERSEDIAAN EMOSI Dalam
saat-saat menghadapi peperiksaan, anda perlu mengelak diri dari
sebarang bentuk gangguan emosi. Perkara-perkara yang berikut perlu
dielakkan:
Pertengkaran dengan rakan-rakan;
Melakukan perkara yang membuatkan ibu bapa marah;
Cinta monyet yang mungkin kecundang disaat-saat
peperiksaan;
Bersikap terlalu yakin - "overconfident";
Berprasangka buruk terhadap orang lain;
Ramai
pelajar bertindakbalas secara spontan terhadap sesuatu yang berlaku
terhadap mereka. Tindakbalas spontan ini menjadi tabiat semulajadi
mereka. Apa perasaan anda kalau raka membohongi anda? Anda mungkin
serta-merta menjadi marah. Apa berlaku kalau rakan memulau dan mengejek
anda? Anda mungkin rasa tersinggung dan kecil hati. Kalaulah begini
tindakbalas spontan anda, apa akan berlaku dengan persediaan peperiksaan
anda? Anda pasti tidak mampu memberikan tumpuan untuk mengulangkaji.
Ada ketikanya luka dihati berkekalan berhari-hari.
Kenapa tidak
selepas ini kawal emosi anda. Jangan izinkan sesiapa melukai hati anda.
Mereka boleh berkata apa sahaja, mereka boleh berbohong dan
sebagainya. Mereka ada suara, biarkanlah mereka. Anda cuma pekakkan
telinga. Banyakkan bersikap sabar. Teruskan sahaja kerja anda.
Kekalkan matlamat peperiksaan anda. Apabila anda berjaya satu hari
nanti, rakan-rakan akan mula menghormati anda.
Sebenarnya
peristiwa tidak mencetuskan sebarang emosi. Tanggapan atau paradigma
andalah yang mencetuskan emosi. Kita boleh melihat setiap perkara yang
berlaku terhadap diri kita dari dua perspektif, iaitu positif atau
negatif. Mulai hari ini ambillah dari sudut yang positif. Ingatlah
setiap apa yang berlaku adalah ujian Allah dan ada hikmah sekiranya anda
bersabar. Dengan cara ini anda mampu membenteng emosi anda.
PERSEDIAAN ROHANI
Selain
dari persediaan fizikal, mental dan emosi, persediaan rohani juga
perlu. Anda perlu faham kedudukan kita sebagai hamba hanyalah mampu
melakukan usaha sebaik mungkin tetapi hasil sebenarnya Allah lah yang
menentukannya. Ketenangan jiwa dan fikiran sangat perlu disaat-saat
menghadapi peperiksaan, oleh itu lakukanlah sesuatu untuk meraih
ketenangan ini.
Antara perkara yang boleh anda lakukan ialah:1.Sentiasa
bermunajat kepada Allah. Lakukan solat hajat dan pohon agar Allah
campakkan ketenangan dan terangkan hati dalam menghadapi peperiksaan.
Minta pada Allah agar apa yang dipelajari keluar dalam peperiksaan.
2.Minta
restu kedua ibu bapa. Doa ibu bapa untuk anakny sangat makbul. Jadi
mintalah restu dari keduanya. Mintalah mereka mendoakan kejayaan anda.
3.Banyakkan
berzikir dan membaca al-Quran. Hati yang banyak berzikir akan
memperolehi ketenangan. Hati juga lebih terang apabila anda sering
membaca al-quran. Alla telah berfirman dalam surah ar-Ra'ad, ayat 36,
yang
mafhumnya "Sesungguhnya dengan mengingat Allah akan menjadi tenanglah semua hati".
4.Jauhi
maksiat. Jauhi diri anda dari perbuatan maksiat dan dosa besar.
Mereka yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah. Hidup
juga tidak diberkati Allah.
5.Banyakkan berdoa. Pastikan anda berdoa mengikut adab-adab berdoa.
MENGATASI PELBAGAI SOALAN DAN KEBIMBANGAN Saya tidak tahu dimana patut bermula. Jangan
panik. Senaraikan semua perkara yang perlu anda lakukan. Agih-agihkan
tugasan anda kepada bahagian yang lebih kecil dan mudah dilaksanakan.
Tentukan keutamaan tugasan, yang utama didahulukan. Rancang masa untuk
menyelesaikan setiap tugasan ini sebaik-baiknya. Jangan sesekali
ponteng kelas ketika hampir dengan peperiksaan. Anda mungkin
tertinggal ulangkaji dan tip-tip penting yang dibincangkan oleh
guru
atau pensyarah. Gunakan masa-masa rehat yang ada untuk mengimbas
kembali apa yang telah dipelajari. Berikan masa bukan sahaja untuk
belajar tetapi juga untuk merancang strategi pembelajaran anda. Jangan
terburu-buru, mulakan belajar anda dengan topik yang senang dahulu.
Mulakan 30 minit – 1 jam dahulu. Semakin lama, terutamanya apabila
semakin hampir dengan peperiksaan, tingkatkan waktu belajar anda.
Terlalu banyak untuk dibaca sedangkan peperiksaan semakin hampir. Buat
tinjauan. Berikan masa untuk anda membuat tinjauan keseluruhan topik.
Kenalpasti topik-topik penting. Fahami konsep-konsep penting.
Pastikan topik yang anda maih belum faham. Mulakan belajar topik yang
penting-penting dahulu. Mana-mana topik yang kurang penting, dan tidak
sempat diulangkaji sepenuhnya, fokus hanya kepada fakta-fakta utama.
Tetapi ingat, tinjauan hanya boleh membantu sekiranya anda benar-benar
sudah tidak punya masa. Kalau anda masih sempat membacanya, maka
bacalah dengan terperinci.
Subjek ini cukup membosankan. Anda rasa jemu dan mengantuk apabila membacanya. Belajar
secara aktif bukannya pasif. Gunakan kaedah membaca yang berkesan.
Dapatkan soalan-soalan berkaitan dengan topik yang dipelajari sebelum
memulakan ulangkaji. Pelbagaikan aktiviti ketika belajar.
Selang-selikan diantara aktiviti membaca dengan menulis nota, melakar
peta minda (atau peta konsep), menghafal, menggaris kata kunci dan
menjawab soalan-soalan. Libatkan diri anda sebanyak mungkin dengan apa
yang sedang dibaca. Tukarkan apa yang dibaca kepada gambaran minda.
Belajar bersama rakan yang lebih arif tentang subjek tersebut dan
bincangkan.
Anda baca dan anda faham, tetapi anda tidak mampu mengingatinya. Cuba
kaitkan apa yang sedang anda pelajari dengan apa yang telah aanda
ketahui. Gunakan beberapa pendekatan untuk mengingat seperti:
Hafal kata kunci, bukannya hafal ayat.
Gunakan Teknik Ceraian.
Gunakan Teknik Menemonik.
Tuliskan fakta-fakta penting pada kad dan bawanya bersama
anda kemana sahaja. Kerapkan buat imbasan terhadap kad-
kad ini.
Anda rasa anda faham apa yang dibaca. Anda rasa anda telah mengingatinya. Jangan
cepat merasa puas hati dengan apa yang anda usahakan. Uji ingatan dan
pengetahuan anda. Jawab soalan-soalan dari buku atau dari peperiksaan
tahun-tahun sebelumnya. Bina soalan-soalan berdasarkan tujuh soalan
asas iaitu Apa? Siapa? Bila? Dimana? Berapa? Kenapa? Bagaimana?
Misalnya, kalau anda sedang membaca sejarah Melaka diserang Portugis,
tanyakan soalan-soalan seperti:
Bila Melaka diserang?
Kenapa Melaka diserang?
Siapa yang menyerang?
Bagaimana Melaka diserang?
Terlalu banyak untuk dihafal dan diingat.
Penyusunan
maklumat. Maklumat dan fakta-fakta dapat dikeluarkan dengan lebih baik
sekiranya ia dibaca, dihafal dan disimpan dalam bentuk yang sistematik.
Terdapat pelbagai pendekatan yang boleh anda guna untuk menyusun
maklumat atau fakta ini, antaranya ialah:
Tuliskan rangka setiap
bab yang dibaca atau ringkasan tentangnya. Perhatikan perkaitan antara
satu bahagian dengan bahagian yang lain dalam tajuk tersebut. Cuba
kumpulkan maklumat kepada beberapa kategori berdasarkan persamaan yang
ada. Cuba bahagikan kepada hieraki (sekiranya ini boleh dilakukan).
Pemetaan maklumat. Cuba lakarkan peta konsep bagi menyusun bahan-bahan
yang ada perkaitan. Misalnya kalau anda sedang membaca sejarah tentang
perang dunia kedua, anda mungkin boleh buatkan satu carta tentang
semua negara yang terlibat. Kemudian senarai isu penting atau
peristiwa penting disebelah carta tersebut. Anda mungkin kaitkan
kembali isu/perkara penting ini dengan negara-negara tersebut
berdasarkan kepentingan dan kesan ke atas mereka.
Tadi anda masih ingat tetapi kenapa kini anda lupa? Sering
buat imbasan. Kajian menunjukkan bahawa sebagai manusia normal anda
akan lupa 80% apa yang telah dibaca hanya dalam masa 24 jam. Oleh itu
anda perlu merancang satu strategi agar anda mampu mengatasi kelemahan
ini.
Pastikan setiap apa yang anda baca telah diringkaskan.
Jadikan fakta seringkas mungkin dengan syarat apabila anda melihat fakta
tersebut anda mampu menceritakan semula apa yang mahu disampaikan
olehnya. Ada ketikanya fakta yang panjang sekalipun mampu anda
ringkaskan menjadi dua atau tiga patah perkataan. Selepas 24 jam, cuba
lihat nota ringkas anda ini. Cuba ceritakan semula apa yang anda
fahami. Sekiranya anda mampu menceritakannya, bermakna anda sudah mampu
memanggil semula maklumat tersebut. Sekiranya tidak, semak semula
sekali imbas teks asal. Berikan masa menjawab soalan-soalan berkaitan
dengannya bagi mengukuhkan lagi ingatan anda. Semak semula apa yang
dibaca dari semasa ke semasa. Dengan cara ini anda tidak perlu
bersusah payah membaca teks asal kembali sewaktu hampir dengan
peperiksaan.
Anda suka belajar disaat-saat akhir. Ramai
pelajar yang berpendapat lebih baik belajar disaat-saat akhir, sebab
kalau belajar awal pun nanti lupa juga. Pendapat di atas adalah tidak
benar. Anda perlu belajar seawal mungkin bagi mengenal pasti kelemahan
dalam sesuatu bab. Dengan belajar awal juga anda punya banyak masa
untuk bertanya pada guru dan rakan-rakan. Salah satu rahsia belajar
ialah kekerapan. Lagi kerap sesuatu bahan itu diulangbaca maka lagi
besar potensi untuk anda memahami dan mengingatinya. Oleh itu, mulakan
langkah anda sekarang. Mulakan sedikit dahulu. Mulakan dengan yang
mudah-mudah dahulu dan apabila minat dan semangat mula berputik, barulah
lakukan dengan lebih bersungguh-sungguh.
BELAJAR UNTUK PEPERIKSAAN Ramai
pelajar yang rajin belajar tetapi tidak memperolehi keputusan yang
setimpal dengan usaha mereka. Keadaan ini berlaku disebabkan mereka
tidak belajar dengan pendekatan untuk cemerlang dalam peperiksaan.
Mereka tidak merancang jadual belajar dan masa mereka dengan betul.
Artikel ini akan membincangkan apa yang perlu anda lakukan mulai
sekarang
hinggalah ke dewan peperiksaan bagi memastikan anda lakuka yang terbaik.
Bersedia untuk belajarPeperiksaan
semakin hampir. Anda perlu melakukan persediaan bagi memastikan anda
mampu melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lenih tinggi sama ada di
kolej ataupun universiti.
Sekiranya anda memang telah belajar
dari awal, pastinya tidak banyak yang perlu dirisaukan. Tetapi
bagaimana pula sekiranya anda baru mahu bersungguh-sungguh
mengulangkaji. .
Buatkan jadual belajar untuk peperiksaanJangan
panik. Itu adalah pesan saya yang paling utama. Walaupun anda rasakan
banyak yang perlu difahami dan diingati, jangan sekali-kali anda panik.
Sekiranya anda panik, anda akan mengundang lebih banyak masalah
berbanding penyelesaian. Tidak ada masalah tanya penyelesaian.
Mula
menyemak semua buku-buku yang ada termasuk nota sekolah, buku teks,
buku rujukan, soalan-soalan ramalan dan soalan-soalan tahun lepas.
Pastikan semuanya lengkap dan dalam keadaan baik.
Langkah
pertama kenal pasti bab-bab yang susah dan belum anda kuasai untuk semua
mata pelajaran. Senaraikan bab-bab ini. Senaraikan juga bab-bab yang
telah anda kuasai dengan baik.
Langkah kedua buatkan analisa
soalan-soalan sejak 5 tahun yang lepas. Lihat bab-bab yang sering
keluar soalan darinya. Bab-bab ini merupakan bab-bab penting yang
tidak boleh tidak mesti anda kuasai dengan baik.
Buatkan jadual
perancangan belajar anda. Agihkan tajuk-tajuk dari sekarang hinggalah
seminggu sebelum peperiksaan. Jangan diganggu minggu terakhir sebelum
peperiksaan sebab minggu terakhir ini adalah untuk anda lakukan semakan
terakhir nanti. Mana-mana bab yang penting, mulakan ulangkajinya
dahulu. Lagi awal anda mengulangkaji bab-bab ini lagi cepat anda
mengenalpasti dan seterusnya mengatasi setiap masalah. Sekiranya anda
terpaksa menghabiskan 4 bab seminggu maka habiskanlah. Anda mungkin
terpaksa
belajar 5 - 8 jam sehari untuk mengulangkaji semua matapelajaran. Oleh
itu anda perlu berkorban demi masa depan. Anda mungkin belajar 1 jam
di waktu pagi, 2 jam pada tengahari, 1 jam diwaktu petang dan 3 jam
diwaktu malam. Ini menjadikan masa belajar anda 7 jam sehari.
Mengingati TajukRamai
pelajar tidak menyedari hakikat penting ini. Kalau anda mampu
mengingati apa tajuk-tajuk yang terkandung dalam sesuatu matapelajaran
maka anda mempunyai gambaran yang jelas tentang apa yang anda pelajari.
Buatkan NotaAnda
hanya perlu mempelajari sekali sahaja setiap tajuk. Pastikan dengan
usaha yang sekali ini anda mampu memahaminya. Ramai pelajar yang
mengulang baca sesuatu tajuk beberapa kali dan kemudiannya lupa. Cara
belajar begini bukan sahaja menjemukan malah merugikan masa anda,
sedangkan peperiksaan semakin hampir.
Setelah anda memahami apa
yang dibaca, buatkanlah nota-nota ringkas. Yang terbaik ialah anda
ringkaskannya mengikut apa yang anda fahami. Bandingkan nota anda
dengan teks asal bagi memastikan fahaman anda betul dan tidak ada fakta
penting yang tertinggal.
Ringkaskan setiap fakta menjadi lebih
pendek bagi memudahkan anda mengingatinya. Kenalpasti kata kunci dalam
setiap fakta. Buatkan senarai kata kunci dan hafal. Lakarkan peta minda
atau peta konsep berdasarkan tajuk-tajuk dan kata kunci yang ada.
Pastikan apabila anda mengingati kata kunci, maka anda mampu mengingati
keseluruhan fakta yang berkaitan dengannya.
Latih diri anda untuk peperiksaanAnda
perlu melatih diri anda untuk peperiksaan. Tanpa latihan anda tidak
mungkin dapat memberikan hasil yang terbaik. Minda anda juga seperti
otot-otot fizikal anda yang lain. Ia perlu dilatih secara intensif bagi
mencapai sesuatu hajat. Mereka yang mahu cemerlang dalam 'bowling'
perlu melakukan latihan berterusan bagi meningkatkan kemahiran
ber'bowling'. Begitu juga dengan peperiksaan. Anda perlu melatih diri
anda bagi tujuan cemerlang dalam peperiksaan.
Syarat-syarat latihan peperiksaan ialah:1.Latih mengeluarkan maklumat dengan banyak, cepat dan
tepat.
2.Latih dalam tempoh masa yang tertentu.
3.Anggapkan setiap latihan seperti peperiksaan sebenar.
4.Latih menjawab mengikut strategi menjawab soalan yang
berkesan.
1. Latih mengeluarkan maklumatMaklumat
yang dibaca mestilah mampu dikeluarkan semula. Oleh itu anda perlu
sentiasa melatih diri anda untuk mengeluarkan maklumat yang telah
dipelajari. Perbanyakkan latihan-latihan seperti:
Menjawab soalan-soalan;
Menceritakan semula apa yang telah dipelajari;
Melakarkan kembali dalam bentuk peta konsep / minda;
Mengadakan perbincangan dengan rakan;
Menyediakan kad imbasan kecil.
Menggambarcarakan apa yang telah dipelajari.
Sekiranya anda pelajar SPM atau STPM, cuba hasilkan model jawapan
soalan esei berdasarkan soalan-soalan yang ada. Cuba pecahkan
fakta-fakta penting dalam bentuk peta minda/konsep. Ini memudahkan anda
mengingati isi-isinya dalam peperiksaan sebenar kelak.
2. Hadkan masa menjawabPastikan
anda menjawab dalam had masa yang ditetapkan. Peperiksaan bukan sahaja
memerlukan anda mengetahui banyak fakta, tetapi anda perlu
mengeluarkan fakta-fakta yang berkaitan dalam masa yang telah
ditetapkan. Oleh itu anda perlu pantas dan kepantasan hanya boleh
dibina melalui latihan yang berterusan.
Oleh itu anda perlu kerap menjalankan latihan ujian. Iaitu menjawab soalan-soalan dalam had masa seperti dalam peperiksaan.
3. Anggap seperti peperiksaan sebenarPastikan
anda bebas dari gangguan, tidak melengahkan masa, tumpuan yang tinggi
dan rasakan seolah-olah tekanan peperiksaan yang sebenar. Elakkan dari
meniru sepanjang menjalani latihan ujian. Gunakan strategi menjawab
soalan (lihat di bawah). Ingat masa berjalan, oleh itu jangan
sekali-kali biarkan fikiran anda melayang. Sekiranya soalan itu susah,
maka berikanlah jawapan yang terbaik. Anda perlu belajar mengenali
gerak hati anda sebab anda memerlukannya dalam peperiksaan yang sebenar
nanti.
4. Strategi menjawab soalanUntuk mendapatkan
markah yang tinggi dan mengelak dari berlakunya kecuaian, anda
memerlukan strategi menjawab soalan yang berkesan.
Langkah-langkah berikut dapat membantu:
1.Baca arahan terlebih dahulu.
2.Baca arahan terlebih dahulu.
3.Kenal pasti dan garis kata kunci kepada soalan.
4.Jawab soalan mengikut turutan berikut:
Jawab soalan BONUS - Iaitu soalan yang anda pasti jawapannya betul. Ia
mungkin soalan yang telah anda ramal, atau yang pernah anda latih
sebelumnya.
Jawab soalan yang senang - Iaitu soalan yang mampu anda jawab hanya dengan satu kali cubaan.
Jawab soalan-soalan yang susah - iaitu soalan yang memerlukan masa
yang panjang atau soalan yang anda memang tidak tahu jawapannya.
Semak - Pastikan semua soalan dijawab; Untuk soalan objektif, pastikan tandanya betul.
Ulang jawab - Kalau masih ada masa, ulang jawab soalan bonus dan
senang. Ingat! soalan inilah yang anda pasti lakukan kecuaian oleh itu
semak dengan tujuan mencari kesilapan tersebut. Bukannya menyemak dengan
tujuan berpuashati dengan jawapan. Langkah terakhir barulah ulang
jawab soalan-soalan susah. Itu pun sekiranya masa masih mengizinkan.
Mencari sebab (post-mortem)Anda
perlu menkaji kelemahan diri anda setiap kali selesai menjawab
soalan-soalan. Setelah anda selesai membuat latiha ujian. Semak
setiap jawapan yang dibuat. Sekiranya jawapan anda salah maka lakukan
'post-mortem', iaitu proses mencari sebab. Setiap kesilapan ada
sebab-sebabnya dan ini merupakan masalah utama yang perlu anda atasi.
Antara sebab-sebab kesalahan berlaku ialah:
Tidak tahu (tidak baca) - Ini bermakna persediaan diri anda kurang. Maka berikan masa membaca tajuk-tajuk tersebut.
Tidak faham - Anda baca tetapi tidak faham. Tanyakan padaguru atau rakan.
Lupa - Ini disebabkan anda kurang mengulangi apa yang telah dipelajari.
Cuai - Pastikan anda mengikuti langkah-langkah dalam Strategi Menjawab Soalan di atas.
Keliru - Tanyakan pada guru tentang bentuk soalan yang mengelirukan
anda. Minta penjelasan dari guru sebelum hari peperiksaan agar
kesilapan yang sama tidak diulangi.
Jangan buang masa Dalam
suasana peperiksaan semakin hampir anda perlu gunakan setiap masa yang
terluang untuk mengulangkaji. Sekirannya masa yang terluang tidak
sesuai untuk anda membaca dan menghafal, maka gunakan masa tersebut
untuk anda melatih mengeluarkan maklumat. Ceritakan apa yang telah
anda pelajari kepada diri anda sendiri. Lakarkan apa yang anda ketahui
pada sehelai kertas. Aktiviti sebegini mengukuhkan lagi ingatan anda
dan memudahkan pengaliran keluar maklumat ketika dalam peperiksaan
kelak.
Bagi mengelakkan rasa jemu belajar, pelbagaikan aktiviti dalam satu-satu sessi mengulangkaji.